“Membezakan orang Sunda dan orang Jawa”
Menyingkap kembali artikel berita harian Rabu,7 Mei 2008, penulis :-(mengajar di Universiti Islam Negeri, Bandung) yang bertajuk “Membezakan orang Sunda dan orang Jawa” dengan menyatakan bahawa (1) orang Sunda unggul dari bidang seni dan muzik dan (2) Islam berkembang didaerah Sunda Jawa Barat lebih dahulu adalah satu kekeliruan dan tanggapan yang tidak tepat. Ketahuilah bahawa orang Jawa adalah pribumi dan majoriti pendudok asli pulau Jawa sesuai dengan namanya, walaupun belum terdapat mana2 kerajaan berdiri tatkala itu. Orang Jawa telah hidup berabad2 lama nya sebelum kedatangan bangsa2 lain seperti Sunda dan Betawi. Jika kita buka sejarah pulau Jawa terdapat banyak pertikaian tentang asal usul nama Jawa dan maknanya, baik pendapat itu datang dari dalam mahupun dari luar Jawa. Nama “Jawa” atau perkataan “Jawa” adalah bahasa Sanskrit yang mana mempunyai makna dan falsafah yang sangat tinggi mengikut pengertian orang Jawa. Bagi masyarakat Jawa suatu yang tercipta atau dicipta seperti kesenian dan kebudayaan Jawa mempunyai erti yang sangat mendalam hingga keakar umbinya. Kekata “Jawa” menerangkan kefahaman yang jelas dari 4 rangkaian perkataan yang begitu erat sekali maknanya, saling kait mengait antara sutu sama lain dan yang sejajar dengan fitrah alam dan fitrah manusia ia itu Jawa-Jawi-Jiwa dan Jiwi. “Jawa” bermakna orang yang sudah mengerti, faham,matang, bertatasusila dan yang sudah bertamadun dan berbudaya. Dan “Jawi” itu adalah ketamadunan dan kebudayaan dari orang jawa tersebut. (dari sudut nahu atau tatabahasa jawa ). Dan dari segi makna, Jawa dan Jawi itu sebenarnya sama ia itu satu pengertian. Dan “Jiwa” itu bermaksud suatu kehidupan diri orang atau suatu kehidupan jiwa bangsa yang menghayati dan menjiwai tentang kehidupan dan kebudayaannya). Dan “Jiwi” itu bermakna yang datang dari Sang Hyang Widi (dari Tuhan yang maha kuasa). Begitulah jika ditafsirkan secara ringkas.
Orang Jawa telah bertamaddun dikenal orang dimerata dunia berabad2 lamanya pada satu atau sebelum satu masehi lagi. Bangsa arab menamakan daerah nusantara ini dengan panggilan bumi Jawi iaitu bumi Jawa. Istilah yang diberikan oleh bangsa arab sangat terkesan berbanding dengan pendapat2 dari bangsa2 lain, kerana bangsa arab boleh dikatakan bangsa yang paling tertua dimuka bumi ini kalau diurut susur jalur manusia yang berasal dari Nabi Adam dan Siti Hawa yang turun dari syurga, terpisah dan bertemu ditanah Arab. Bangsa yang tertua ini pun sudah mengenali Jawa tidak hanya pulau Jawa sahaja bahkan seluruh kepulauan melayu dan Nusantara ini pun dipanggil al Jawi yaitu keturunan Jawa. Ini menunjukkan orang Jawa sudah lama bertamadun. Dan sesunggohnya suku Jawa itu lebih tua dari suku Sunda. Juga terdapat alasan bedasarkan kepercayaan sebagian masyarakat Sunda sendiri, tradisi “pantangan” menikahi suku Jawa setelah trajidi sejarah perang bubat pada abad ke14, ada larangan bagi lelaki Sunda dari menikahi perempuan Jawa kerana menurut kepercayaan mereka, Jawa itu lebih tua dari Sunda. Dan menurut satu kajian, manusia pertama yang memasuki pulau Jawa adalah dari jenis Homo erectus yang dinisbahkan sebagai ( the first Java man/ from Java man to Javanese) ia itu orang Jawa pertama sejak 1.7 juta tahun dulu lamanya, dimana terdapat peninggalan tengkorak purba disungai Solo Jawa Timur dan penemuan kedua disungai Sangiran Jawa Tengah. Manakala dalam satu kajian lain keberadaan orang Sunda yang hidup dibumi parahyang Jawa Barat (mengikut sejarah Sunda,lagenda Sangkuriang) ialah sekitaran 50,000 tahun yang lalu. Dan ini menjelaskan bahawa sekurang2nya 900.000 tahun lamanya orang Jawa sudah mendiami pulau Jawa sebelum kedatangan suku Sunda.
Mengikut sensius pada tahun 2004 terdapat 31 juta orang Sunda dan 3 juta orang Betawi terdapat di Jawa Barat sahaja, manakala orang Jawa berjumlah 90 juta orang, 30.6 juta di Jawa Tengah, 27.5 juta di Jawa Timur, 4.2 juta di Lampung Sumatra, 3.9 juta di Jawa Barat, 3.7 juta di Sumatra Utara, 3 juta di Yogyakarta, 2.9 juta di Jakarta, 1.9 juta di Sumatra Selatan, 1.2 juta di Riau, 1 juta di Banten, 7 juta di Kalimantan timur, 7 juta di Jambi, 6 juta di Aceh, 4 juta di Kalimantan Selatan, 3 juta di Bengkulu, 3 juta di kalimantan Tengah, 3 juta di Papua, 1 juta di tanah Melayu, 75.000 di Suriname, 5.000 di new Caledonia dan 150.000 hingga 300.000 orang di Belanda dan di berbagai tempat lain lagi di dunia ini. Perbezaan jumlah yang amat ketara sekali berbanding orang Sunda. Orang Sunda, menurut sejarahwan terkenal Roger L.Dixon dan kebanyakan Sejarahwan, adalah satu kelompok orang yang paling kurang dikenal didunia. Orang Sunda tidak seperti suku2 lain, dimana suku (bangsa) Sunda tidak mempunyai mitos tentang penciptaan atau cacatan mitos2 lain yang menjelaskan asal usul suku mereka. Tidak seorang pun tahu dari manakah mereka datang dan menetap dipulau Jawa. Pada abad2 pertama masehi, mungkin sekelompok kecil suku (bangsa) Sunda menjelajahi hutan2 pergunongan dan melakukan budaya tebas bakar membuka hutan. Semua mitos paling awal mengatakan bahawa orang Sunda lebih dikenali sebagai peladang daripada petani padi. Orang Sunda hanya memiliki sedikit karakteristik dalam sejarah mereka sendiri. Jauh berbanding dengan orang Jawa, memiliki identiti yang jelas dan mempunyai peradaban etika yang sangat tinggi.
Minoriti Sunda yang pada asalnya, wujud disekitaran kecil di Jawa Barat, kian lama menjadi besar dan kuat, dengan mendukung, atas berdirinya sebuah kerajaan Salaknagara pada abad (1msh-3msh) dilanjutkan oleh kerajaan Tarumanagara (3msh- 6msh) dan kerajaan Sunda Galuh (6msh- 8msh), sampai kerajaan Pajajaran pada abad (6msh-15msh) dibahagian barat pulau Jawa. Ada sejarah mengatakan Raja pertama Salaknagara bernama Dewawarman dari India yang melarikan diri kerana kalah perang di negerinya dan singgah di Jawa Barat, lalu kemudian ia berkahwin dengan putri Sang Aki Tirem Luhur Mulya penguasa Jawa Barat. Keberadaan kerajaan2 ini kebanyakkannya mendominasikan suku Sunda dan raja2 Sunda. Namun kerajaan2 hasil ciptaan orang Sunda ini tidak begitu terkesan bagi rakyat Indonesia seperti mana bangkitnya kerajaan2 Jawa pada abad ke6 atau 7msh mulai dari Kerajaan Kalingga, Mataram, Medang, Janggala, Kediri, Singosari, Majapahit, Demak dan seterusnya. Kerajaan Sunda (Jawa Barat) pernah ditakluki oleh kerajaan Melayu Sriwijaya yang berpusat diPalembang Sumatra pada abad 6msh. Kerajaan Sunda Galuh juga dimasa raja prabu Jayabupati (1030msh-1042msh) yang berkedudokkan di Pakuan pernah ditakutkan olih kerajaan Melayu Sriwijaya lalu mereka mengadakan pernikahan antara raja Prabu Sanghyang Ageng dengan putri Sriwijaya untuk mengelakkan permusuhan. Dengan kebangkitan kerajaan2 besar Jawa di Jawa Timur dan Jawa Tengah kerajaan Sunda mulai menurun dan akhirnya tertakluk dibawah naungan kerajaan2 besar Jawa, walaupun pada masa yang sama terdapat pertalian darah antara Sunda Jawa atau Jawa Sunda. Kerajaan Jawa Majapahit pada era rajanya yang bernama Hayam Wuruk dan pateh Gajah Mada sebagai panglima dan menterinya mencapai puncak kejayaan dengan menalukki banyak wilayah Kerajaan di Nusantara ini termasuk diantaranya kerajaan Melayu Sriwijaya dan Seluruh kerajaan Tanah Melayu, Sulawesi, Bali, Tumasik (Singapura), Madura, Kalimantan, Irian, Papua, Selatan Filipina, Utara dan Selatan Siam, Borneo dan hampir seluruh Asia Tenggara. Sebagaimana yang diucapankan oleh Patih Gaja Mada dalam sumpah Palapanya yang terkenal “Lamun humus kalah nusantara, isun amukti palapa”, (“Kalau sudah kalah semua kerajaan2 seberang (kerajaan yang ada di Nusantara) barulah saya puas menikmati istirahat , Gurun (Kalimantan Utara), Seran (?), Tanjung Pura (Kalimantan selatan), Haru ( Maluku), Pahang( Tanah Malayu), Dompo (Sumbawa), Bali (Bali), Sunda (jawa barat), Palembang ( Sumatra) dan Tumasik (Singapura)”.
Apa yang menonjol dalam sejarah kebudayaan orang Sunda adalah kerana hubungan mereka dengan kelompok2 lain, khususnya pengaruh Jawa terhadap Sunda. Orang sunda sudah begitu lama hidup bersama orang Jawa dan kemudiannya mula banyak mempelajari, meniru kesenian dan kebudayaan orang Jawa. Menurut Benard Vekke (sejarahwan terkenal), pengaruh Jawa terhadap Sunda berlaku seawal zaman era Hindu lagi. Dalam cacatan sejarah ia berlangsung terus menerus hingga ke agama Islam dan hingga keabad ini. Menurutnya, kebudayaan dan kesenian orang Sunda banyak meminjam dan mengambil dari kebudayaan orang Jawa. Menurut sejarahwan Wiwipedia dari free encylopedia juga demikian bahawa kebudayaan Sunda banyak meminjam atau mengambil dari kebudayaan orang Jawa. Dan menurut Roger L Dixon, pada abad 20 ini, banyak penglibatan orang Sunda dalam pelbagai hal dan peristiwa, namun secara ukuran (statistic) mereka tidak begitu berarti, pada abad ini sejarah orang Sunda pada hakikatnya merupakan sejarah orang Jawa.
Di bidang seni muzik, pada abad ke18 dan 19msh, music2,lagu2 dan para seniman Jawa sudah lebih dahulu menempah nama diluar negeri di Asia Tenggara jauh sampai keEropa, Amerika seperti Theater Pak Bagong, Pak Didi nunu Tuwuk, lagu Bengawan Solo, dan lain2 sebagainya. Penglibatan suku Sunda hanya baru ketahuan pada abad ke20 ini sebagaimana menurut sejarawan Roger L Dixon yang telah dijelaskan tadi. Dari seni karawitan misalnya, tercatat dalam sejarah, mula2 gamelan diciptakan orang di dunia ini ialah terdapat dipulau Jawa, didalam sebuah bangunan yang terkenal di Jawa Tengah yang bernama Borobudur yang menjadi salah satu monument bersejarah terbesar di dunia ini, seawal abad 8 masehi lagi. Perkataan gamelan di ambil dari bahasa Jawa yang bermakna menabuh atau memainkan alat muzik (khususnya Jawa.) Tidak dapat perkataan asal gamelan dari bahasa Sunda atau Melayu. Asal gamelan ini diperbuat daripada batu2an sebelum ia mencapai proses perubahan dari masa kesemasa hingga terdapat sekarang ini diperbuat dari besi2an dan kayu kayan.
Pada abad 13M. zaman Pajajaran, Patih Gajah Mada seorang panglima dan perdana menteri dari kerajaan besar Jawa Majapahit telah menziarahi daerah Jawa Barat dan melihat orang Sunda amat mencintai kesenian. Lalu ia pun menghadiahkan satu peralatan lengkap music gamelan Jawa. Dari gamelan Jawa ini, lama kelamaan diubah suai oleh masyarakat Sunda mengikut citarasa mereka dan jadilah apa yang dikenali sekarang dengan nama Degung Sunda atau gamelan Sunda. Degung Sunda dan gamelan Jawa tidak dapat banyak perbezaan dari segi iramanya. Kedua2nya hampir sama cuma Sunda memakai suling dan Jawa memakai sinden ( Penyanyi ). KaIau kita dengar degung Sunda dan tayub Jawa, kita akan melihat kesamaanya.Ia seperti buah Bacang dan buah Kuini, tetap buah mangga. Begitu juga wayang golek yang dimainkan orang Sunda adalah berasal kesenian masyarakat Jawa. Permainan wayang dalam bentuk asli sebelumnya memang telah ada tetapi wayang kulit, wayang golek dan wayang tungel yang ada sekarang adalah ciptaan Wali Songo yang mula berda’wah mengembangkan agama islam di pesisir Jawa Timur dan Jawa Tengah (khususnya Sunan Kalijogo, Sunan Bonang dan Sunan Muria). Di sebabkan masyarakat Jawa sangat kuat berpegang teguh pada adat dan sangat mencintai kesenian2 seperti bunyian2 gamelan dan pewayangan, maka Sunan Kalijogo yang berketurunan Jawa sangat mempertahankannya dan mengesyorkan agar permainan gamelan dan wayang diteruskan dalam misi da’wah untok mempengaruhi masyarakat Jawa demi mengembangkan agama islam. Malah beliaulah yang mencipta wayang kulit yang kita lihat sekarang, dan Sunan Bonang mencipta wayang golek dan wayang tungel yang diperbuat daripada kayu.
Dalam perkembangan Islam pula, banyak sejarahwan seperti Solihin Salam penerbit buku (Sekitar Wali Songo), Muhammad Noeriman (Sejarah Kebudayaan Islam) dan lain2, sepakat menyatakan bahawa islam memasuki pulau Jawa melalui pesisir Tuban Jawa Timur. Dengan berdirinya kerajaan Demak di Jawa Tengah dan apabila Raden Fattah diangkat sebagia raja Islam pertama di Jawa Tengah pada abad 1478 M. Islam semangkin menjadi kuat merebak luas dan ia mencapai puncak kekuasaannya pada abad 1540M. Kemudiannya baru Ia mengembangkan wilayahnya keJawa Barat hingga keCirebon dan Banten. Menurut sejarahwan Benard Vlekke dengan datangnya Sunan Gunong Jati, beliau kirimkan putranya Hasaudin dari Ceribon untok mempertobatkan orang Sunda secara ekstensif (meluas dan besar2an) Pada abad ke16M. Apabila Sunan Gunong Jati menjadi raja Banten pertama, Pajajaran, Ceribon dan Demak telah menyebabkan daerah Jawa Barat berdiri dibawah naungan kekuasaan kerajaan Islam. Pada masa itulah seluruh pendudok Jawa Barat ( orang Sunda ) menjadi muslim. Demikianlah terdapat banyak bukti dan sejarah serta tarikh yang menerangkan agama islam berkembang dari Jawa timur dan Tengah lebih dahulu kemudianya baharu daerah Sunda ( Jawa Barat ).
Demikianlah, sejarah menerangkan dan membuktikan keunggulan orang Jawa yang dapat ditafsirkan secara ringkasnya.-----------------------------------------------------------------------------------------------
Wednesday, January 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Kasiian anda hannya membuat cerita hoax belaka..
Jangan membabi buta seperti itu mas.
Kasiiian..
saya prihatin pada anda -_- ..buatlah sesuatu berdasarkan bukti dan fakta yang ada .. ya terserah deh mau percaya homo electrus monyet purba juga :v
Bajingan ni orang. Sebelum ada nama jawa yg elek dan ringkih di tataran sunda besar. Sunda sudah lebih lama ada. Baca baca peta dunia. Sunda besar dan sunda kecil. Anda hanya bagian kecil dari sunda.
Hahahhahaha ...
turut prihatin saya sama yg nulis cerita inih ..
Jawa itu bawahan Sunda raja2 Jawa penguasa Jawa semua keturunan dari sunda,
Saya suka Emang Bener Karena Leluhur Orang Jawa Adalah Aji Saka
Dan Suku Jawa Adalah 2× Lipat Suku Sunda
Kayaknya Belanda berhasil membuat propaganda antara Jawa dan Sunda..keliatan dari semua komen di konten ini ga ada yg tau fakta sejarah yg sebenarnya..pada asal jeplak semua..miris liatnya
Sebetulnya sih Sunda merupakan suku Pendatang dengan bukti hanya berapa persen di Nusantara ini sdgkn Suku Jawa mendominasi di Nusantara ini Bahkan sudah Mendunia.
Sekarang bisa dibuktikan Suku Sunda berapa persen di Dunia ini dibandingkan Suku jawa bahkan ada beberapa negara yg berbahasa jawa.
Silahkan pelajari sejarahnya...terutama babad tanah Djawi yg merupakan cikal bakal suku jawa dimulai dari Adam dan Hawa....
Coba dari mana
IONTI AT VIRTUAL TIPS: T-TITE Titanium Hockey Set
(Titan ecm titanium Ice Hockey Set) T-TITE Titanium Hockey Set. titanium cerakote In stock and ready titanium solvent trap to titanium white fennec ship titanium bong in-store.
Post a Comment